Pages

Tuesday 31 May 2011

Dulu Gula, Minyak sekarang ELEKTRIK



Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.peter chinMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (
bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.tenaga tnb pb 300511 azman mohd, che khalib mohamad noh, mohamed rafique merican"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

















Sumber: http://malaysiakini.com/news/165561

Sunday 29 May 2011

Kerajaan Pusat Tidak Membantu Selangor Menangani Isu Air


SHAH ALAM 27 Mei - Tindakan kerajaan pusat menolak cadangan Kerajaan Selangor mengenai idea penstrukturan semula air di negeri ini menyukarkan penyelesaian proses itu dilakukan.
Hal ini kerana, tindakan kerajaan Pusat yang enggan menimbang sebaik mungkin tawaran yang diberikan kerajaan negeri  yang menyebabkan isu ini masih berlarutan sehingga sekarang, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.
” Apa yang lebih malang ialah, kerajaan Persekutuan pun tidak ada apa-apa cadangan yang baru, pandangan mereka ialah untuk tidak lakukan apa-apa perubahan mengenai cara untuk menguruskan, yang pasti mereka takut untuk cakap dengan terus terang, oleh kerana itu apa-apa cadangan yang dibentangkan kerajaan negeri ditolak dalam mesyuarat,” kata Charles.
Media hari ini melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor gagal menyusun langkah sesuai untuk mengatasi masalah ini sehingga mengakibatkan kerajaan Pusat terpaksa masuk campur.
Bagaimanapun, menurut Charles, kenyataan menteri itu amat tidak bertanggungjawab memandangkan umum mengetahui kerajaan negeri beberapa kali membentangkan tawaran kepada empat syarikat konsesi di negeri ini namun “diganggu” oleh kerajaan Pusat.
“Apa yang dikatakan oleh Datuk Peter itu memang tidak patut dan tidak bertanggungjawab sebab kita telah lakukan banyak cadangan tetapi ditolak dan perkara ini membuatkan ia berlarutan dalam jangka masa yang lama,”katanya.
Charles menyatakan kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang- pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat menyelesaikan isu dengan kerajaan Persekutuan bagi menyusun semula perkhidmatan air seperti yang diperuntukkan bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Malangnya, kerajaan Pusat pula tekad mengambil alih bon air dari kerajaan Selangor atas alasan menstabilkan industri air Selangor.
Justeru menurut Charles, Selangor perlu diberi hak dan ruang dalam menyelesaikan masalah ini.
“Kalau Peter Chin tidak mampu uruskan biar kerajaan negeri uruskan, dan kini dia bagi pembelaan kepada pemegang bon dan jelas tindakan ini tidak masuk akal, ini menunjukkan keadaan sedia ada iaitu menggunakan pihak swasta menguruskan air (yang terbukti) telah gagal,”katanya lagi.
DAP hari ini mendedahkan, kerajaan membayar 73% lebih tinggi daripada nilai pasaran walaupun sepatutnya baki bon tersebut harus diselesaikan oleh pemegang saham syarikat terbabit.
Untuk rekod, kerajaan Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Selepas Pakatan Rakyat memerintah pada Mac 2008, Menteri Besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion.
Pemegang konsesi menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion.
Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima konsesi SPLASH dan ABBAS.
Pada Mac 2010, kerajaan persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi.

Saturday 28 May 2011

Bob Lokman Ikrar bantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya



Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman berkata tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya.

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan. 

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," kata Bob Lokman ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Menurut laporan Harakahdaily, Bob Lokman yang menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " katanya.

Beliau berceramah di pentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Yang dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar mereka tidak terpesong daripada aqidah Islam.

Mereka disaran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakuo itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas ditambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " katanya.

Baginya, sekarang masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu 

terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.


source: http://malaysiakini.com/news/165363



Pelancaran Jentera Pilihanraya N 38 DUN Paya Jaras MERIAH

Majlis Pelancaran Jentera Pilhanraya DUN N38 Paya Jaras telah diadakan pada 24 April 2011 yang lepas. Pelancaran telah dibuat oleh Saudara Mohd Khairuddin B Othman merangkap Setiausaha Perhubungan PAS negeri Selangor bertempat di Dewan Al-Islahiah, Bandar Baru Sg Buloh. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran 150-200 orang dari golongan belia hingga ke veteran.
Dengan sambutan yang diberikan, insyaAllah pada pilihanraya seterusnya satu perkara yang tidak mustahil bahawa calon Pakatan Rakyat akan bertapak sebagai YB di DUN Paya Jaras ini.


Tuesday 24 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh : Lebih 500 Sertai Solat Jenazah

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin AlamShah, Pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.


Ketujuh-tujuh jenazah itu disolatkan selepas menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan. Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit.
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (8), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd ZaidAzahari (14), Mohd Imal Fahad (9 ) dan Mohd Hazim Sapri (10).

Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagiyang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat. Semua mayat mangsa yang terkorban di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kesemua jenazah selesai dituntut ahli keluarga dan waris pada kira-kira 12.05 tengah hari tadi. Jenazah mangsa yang lain akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing iaitu tiga di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Dengkil (dua) dan masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.



Sunday 15 May 2011

Karnival Mesra Rakyat N38 DUN Paya Jaras Mendapat Sambutan Semua Kaum




Karnival Mesra Rakyat pada 20 April 2011 yang lepas membuktikan bahawa penerimaan PAS dan Pakatan Rakyat di kalangan masyarakat di N38 DUN Paya Jaras.

Walaupun UMNO dan Barisan Nasional asyik memomokkan dan menyebarkan dusta mengenai PAS dan Pakatan Rakyat tidak diterima oleh pelbagai kaum secara khususnya di Selangor, sambutan dari semua kaum terhadap karnival anjuran PAS DUN Paya Jaras ini menafikan segala tomahan.

Program ini dihadiri oleh semua lapisan masyarakat Melayu, India dan Cina dari golongan muda dan juga tua. Program ini berobjektifkan untuk menemui masyarakat dan mengetahui sendiri masalah yang dihadapi mereka hingga ke akar umbi. PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membezakan kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab sebagai pemimpin.