Pages

Monday 25 July 2011

Tazkirah: Kehebatan Doa



Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;
"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

Biometrik: Apa Kata PAS?

KOTA BHARU, 25 Julai: PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di sini petang tadi.
Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan negeri.
Menurutnya, selepas mendengar taklimat perbincangan pula perlu diadakan sama ada ianya perlu menyokong atau sebaliknya.
“Perkara bersih perlu disokong, perkara yang kotor kita kena tolak. Mana-mana perkara yang rosak atau meragukan kita kena tentang,” ujarnya.

Bolehkah Biometrik Menghentikan Kes Undi Hantu?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

abdul aziz ec pc 060411Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri, berjaket hitam) berkata antaranya pelaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang pilihan raya. 

"Dengan adanya sistem biometrik ini, ia akan dapat membantu mengelak seseorang individu ataupun pengundi itu membuat pembuangan undi dua kali," katanya pada sidang media, di Kuching hari ini. 







Friday 22 July 2011

Karnival Penerangan Negeri Selangor 24 Julai 2011

PM Britain tanya Najib tentang perhimpunan 9 Julai; Najib kata.....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini. 

najib visit united kingdom 150711 najib and protestorsDalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar ketika lawatan itu berlangsung. 

"Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari. 

Ramadhan is coming..

الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?


Tuesday 19 July 2011

[HIBURAN] : Syabas Kedah, bagaimana dengan Melaka?

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Rakyat negeri Kedah rata-ratanya menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar yang tetap dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, walaupun sedikit kelonggaran diberikan iaitu pusat-pusat hiburan dibenarkan beroperasi dengan syarat hanya yang bukan beragama Islam sahaja yang dibenarkan namun ianya merupakan satu langkah yang bijak daripada kerajaan negeri bagi menghormati Ramadhan, bulan yang mulia.
Katanya, dengan tertegaknya perintah larangan terhadap umat Islam di Negeri Kedah itu, sedikit sebanyak dapat membentuk masyarakat Islam bagi lebih menghayati bulan Ramadhan.
“Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya’ Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa ke arah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus ke arah maksiat.

[BERSIH] : Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS


... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?"  Saya menuding jari ke depan.  Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan.  Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.  Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu?  Berarak adalah hak kita.  Mengapa pula saya takut?  Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.


Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda.  Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.  Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap.  Saya tahu beliau cuba menakutkan saya.  Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.


Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka.  Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka.  Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu.  Ya, saya rasa sangat selamat.


Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang.  Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang.  Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib!  Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!


Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi.  Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan.  Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami.  Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA?  Pemuda UMNO?  Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.


Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!"  Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama.  Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.


"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!"  Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan.  Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda.  Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka.  Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi.  Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.


Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak.  Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.


Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin.  Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya.  Tidak berhenti kami bertepuk tangan.  Kami menjerit sepuas-puasnya.  Saya nampak ramai yang menakung air di matanya.  Saya amat terharu.  Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang.  Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!


Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!


Kami berkumpul di depan Menara MayBank.  Saya tak dengar apa yang diucap pemidato.  Tapi saya hanya seorang penyokong.  Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.


Kemudian saya mendapati trak FRU.  Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu.  Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru.  Saya rasa macam tersengit.  Baunya sangat tidak menyenangkan.  Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya.  Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya.  Ada pula yang memberi garam kepada saya.


Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.


Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank.  Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi.  Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua.  Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"


Saya berehat seketika.  Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan.  Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana.  Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun.  Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!"  Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....
Matlamat sama..
Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami.  Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama.  Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"


Nota:  Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS.  Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat.  Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.


Terima kasih, sahabat semua.  Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama.  Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.


Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

[BERSIH] : Sasterawan Negara tidak diendahkan Polis

[BERSIH] : Bantah sokong Ambiga buta sejarah - Abd Hadi





KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.

Perjuangan Dr Lo’ Lo’ perlu diteruskan



KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali malam semalam sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kerana peranan beliau sangat penting dalam perjuangan PAS di Titwangsa dan semestinya amat sukar dicari ganti.
Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hasan berkata Almarhumah Dr Lo' Lo' juga seorang yang gigih berjuang dan telah berjaya dengan segenap tenaga melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya.
“Dan ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat parlimen Titiwangsa khususnya selepas beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu,” katanya.
Beliau menambah, walaupun peruntukan tahunan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen disekat, ia tidak mematahkan semangat almarhumah untuk terus berjuang memberikan khidmat kepada rakyat di Titiwangsa sehingga nafas terakhir.
“Jasa dan peranan beliau sangat besar, dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran dan nasihat kepada Pemuda tidak akan kami lupakan malah akan menjadi azimat kepada perjuangan kami,” katanya.
Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, telah bersedia menyahut amanat beliau agar terus mempertahankan Parlimen Titiwangsa dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang dengan segenap tenaga dan kekuatan Pemuda.
“Pemuda juga berjanji akan terus memikul amanah rakyat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada kami, bersama-sama dengan PAS kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan kewangan bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah ditinggalkan allahyarhamuha di Titiwangsa, dan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa kepada PAS, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Dewan Pemuda PAS Titiwangsa BIMB 14041010075204.
Semoga setiap sumbangan akan diganjari dengan kebaikan berlipat kali ganda daripada Allah SWT.