Pages

Tuesday, 14 June 2011

Kerajaan mohon bajet tambahan RM13 bilion

Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan RM13 bilion untuk separuh masa pertama tahun ini.
dr awang adek hussinTimbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.

Sebelum ini, pada pembentangan Bajet 2011, perdana menteri yang juga menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu telah memohon RM162,805,323,000.

Permohonan dana tambahan itu dibuat pada masa kerajaan pusat cuba mensasarkan pertumbuhan enam peratus tahun ini.

Namun pengurangan subsidi bagi gula, elektrik, gas asli dan diesel tahun ini menyebabkan tekanan inflasi dan ini membantutkan perbelanjaan.


Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah kepada RM176 bilion. 

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu. 
azlanPeruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).
Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta). 

Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. 

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen.

Sunday, 12 June 2011

Rakyat Turki berpesta dengan kemenangan AKP

ISTANBUL, 12 Jun: Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini.

AKP menang dengan undi popular sebanyak 49.9 peratus berbanding 37 peratus dalam pilihan raya 2002 dan 47 peratus dalam pilihan raya 2007.

Bagaimanapun AKP gagal mencapai sasarannya untuk memenangi dua pertiga kerusi apabila hanya memenangi 325 kerusi iaitu kurang dua belas kerusi lagi dari jumlah sasaran dua pertiganya.

Rakyat Turki, khasnya penyokong AKP dari pelbagai lapisan umur bagaikan berpesta di perkarangan pejabatnya di Istanbul dan juga di Ankara.

Di Ankara, Presiden AKP, Erdogan dan isterinya berucap kepada para penyokongnya bagi meraikan kemenangan itu kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan.

Di Istanbul, pesta kemenangan berlangsung di perkarangan pejabat AKP dan juga di dalam dewan besar pejabat AKP Istanbul.

Para remajanya menari tarian tradisional Turki sambil menyanyikan lagu khas yang dicipta AKP untuk pilihan raya kali ini.

Mereka mengibarkan bendera AKP yang dibekalkan oleh parti itu sejak jam tujuh malam apabila keputusan awal diumumkan AKP sudah memperolehi 53.24 peratus.

Sambil menyanyi dan menari, mereka juga bersorak setiap kali gambar pemimpin kesayangan, Erdogan dipaparkan dilayar besar yang dipasang di perkarangan parti itu.
(Gambar bawah: Huseyin Kansu [kanan] bercakap dengan Dr Mariah Mahmud menjelang keputusan pilihan raya diumumkan)
Menurut Huseyin Kansu, bekas anggota Parlimen AKP, partinya masuk ke dalam pilihan raya ini dengan sasaran untuk membolehkan partinya membuat satu perlembagaan baru yang disediakan oleh pihak awam.

Ini kerana, perlembagaan Turki yang ada sekarang disediakan oleh pihak tentera. Walaupun sudah berpuluh kandungannya dipinda oleh kerajaan AKP namun ia tidak menyelesaikan masalah gangguan tentera dan mahkamah perlembagaan yang sentiasa menganggu kerajaan pilihan rakyat itu.

Antara pindaan yang pernah dibuat adalah membenarkan para pelajar wanita universiti di negeri itu memakai tudung disamping membenarkan wanita memakai tudung di majlis rasmi kerajaan.

Ketika mula menang di Turki pada tahun 2002 dahulu, isteri Erdogan sendiri, Emin, tidak boleh mengiringi suaminya ke majlis rasmi kerana beliau enggan memakai tudung yang dipakainya itu.

Kini, Emin boleh menemani suaminya ke mana-mana termasuk ke majlis rasmi kerajaan.

Namun pindaan-pindaan yang dibuat tidak boleh menghentikan pihak tentera mengganggu gugat kerajaan pada setiap masa.

"Hanya dengan membuat semula perlembagaan yang berasaskan demokrasi sepenuhnya barulah ia akan selesai," kata Huseyin Kansu kepada Harakahdaily.

Huseyin adalah anggota Parlimen tiga zaman iaitu dibawah parti Refah, Fadhilat dan yang terakhir AKP iaitu pada tahun 2002.
Selepas tiga penggal sebagai anggota Parlimen, Huseyin tidak lagi bertanding sejak 2007 dan pilihan raya tahun ini namun beliau kekal sebagai penyokong tegar AKP.

Bagi beliau, setiap kali tentera menganggu urusan kerajaan, ekonomi Turki juga akan turut terganggu.

"Oleh itu majoriti lebih dua pertiga diperlukan untuk membolehkann perlembagaan baru dibuat dan menjadikan Turki benar-benar negara demokratik," kata Huseyin.

Dalam pilihan raya ini, AKP mendapat 325 kerusi, CHP 135, MHP 54 dan BGM 36 kerusi.
Turut menjadi pemerhati pilihan raya ini adalah lima pemimpin dan petugas PAS dan tiga pemimpin PKR. Delegasi PAS yang diketuai Dr Mariah Mahmud turut disertai oleh Nasir (Kedah), Onn Jaafar (Johor), Taufek Ghani (Negeri Sembilan), Abdul Rahman dan Baihaki Atiqullah (Kelantan) di samping penuls (Harakah).
Pemimpin PKR adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).


sumber: Harakahdaily


Sunday, 5 June 2011

Negara Islam Cuma Utopia di Minda

Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut: "Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan".

Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS. Dalam masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia. 

Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiah atau Islamic state seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah (decolonization). 

Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islamatau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. Apabila perkataan daulah Islamiah muncul, kemudian diikuti kebangkitan revolusi Syiah di Iran, maka perkataan itu mula dipopularkan oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia. 


Disebabkan istilah ini juga mereka berbalah bahkan menuduh pihak lain kurang Islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan negara Islam itu. Walaupun kadang-kala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai.

Cuma, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah ini, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik. Gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan negara Islam itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan utopia state yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.
 
Sebahagian mereka yang terlibat secara langsung dengan politik kenegaraan, mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan. Kembali mereka merujuk kepada al-Quran, hadis, dan amalan khalifah Islam yang mendapat petunjuk (Khulafa al-Rasyidin), mereka akhirnya jelas mengapa perkataan negara islam itu tidak wujud atau tidak disebut. 

Negara kebajikan yang mana?

Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. 

Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.

Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. 

Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum - sama ada hudud atau tidak - dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkinkan keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi. 

Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.

Sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih kehadapan, namun hari ini - dengan kenyataan presiden - akan memberikan nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud 'negara kebajikan' yang hendak diwujudkan. Saya percaya presiden PAS ada kerangka yang jelas. Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. 

Ini kerana welfare state mempunyai pelbagai gambaran. Secara umum, dunia memahami welfare stateadalah negara-negara yang memakai model Nordik seperti Norway, Denmark dan Sweden. Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut.





Sumber:http://www.malaysiakini.com/news/166003 

Friday, 3 June 2011

Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Membebankan??


Masih ada lagi Melayu yang tidak sedar diri akan kekurangan akal mereka didalam berfikir secara adil untuk diri sendiri dan manusia yang lain. Ada yang masih berfikiran bodoh sombong dan tidak reti-reti bahasa. Kita ambil contoh kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini. Ada manusia yang beranggapan bahawa kenaikan itu tidak membebankan rakyat. Terutama yang 75% yang kononnya tidak akan terkena secara langsung akan kenaikan tarif itu.

Anda semuanya telah ditipu hidup-hidup oleh kerajaan BN yang tidak cerdik mentadbir.


TNB Salary 2009
TNB Salary 2010

Sebelum anda semua menikmati kenaikan tarif elektrik ini pada 1 Jun nanti, jangan lupa bahawa harga diesel untuk pengangkutan lori membawa barangan penggunaan akan naik 38 sen juga pada tarikh keramat 1 Jun, iaitu hari ini. Bermaksud ada 2 kenaikan serentak pada hari ini, eh, tidak, .. bukan dua, tetapi 3 kenaikan serentak, iaitu tarif elektrik, diesel dan juga gas.

Perlu diingatkan kepala akal, bahawa ketiga-tiga benda ini, iaitu elektrik, diesel dan gas adalah benda perkara utama utiliti sesebuah kilang atau gudang pengeluaran sesuatu produk harian pengguna. Terutama produk makanan. Cuba kita ambil contoh produk ikan. Contoh yang paling senang dan kena pada kita.

Ikan datang dari pantai, terutama pantai timur. Jika ikan turun dari Terengganu, hendak dijual di pasar borong Kuala Lumpur, pengangkutan yang membawa ikan itu ke KL adalah lori. Lori menggunakan diesel. Dan diesel hari ini naik 38 sen seliter.

Sampai ke KL, majoriti ikan akan dijual atau disimpan didalam peti sejuk untuk ikan itu boleh bertahan hasil jualannya 2-3 hari. Peti sejuk menggunakan kuasa elektrik. Perlu diingat, peti sejuk yang digunakan bukannya peti sejuk seperti dirumah kita, tetapi peti sejuk yang besar yang penggunaannya memang melebihi 300kWj sebulan. Dan tarif elektrik pula telah naik 7.12%.

Maka agak-agaknya, adakah ikan yang akan dijual hari ini akan berkurang harganya atau akan terus kekal tidak naik-naik?

Jika peniaga makanan datang ke pasar borong, membeli ikan yang telah meningkat kos pengangkutan dan simpanannya, kemudian balik ke gerai makanan dan menggoreng ikan itu dengan menggunakan gas. Adakah peniaga kecil-kecilan itu tidak akan terasa kenaikan kos untuk menggoreng seekor ikan. Ikan naik harga, dan kemudiannya, gas yang digunakan untuk dimasak juga naik harga RM3.00 mmBTu. Ini baru ikan, belum benda lain lagi.



Maksudnya disini, SEMUA barang akan naik harganya kerana kos untuk menghasilkan barang itu akan naik secara mendadak pada hari ini. Maka, adakah yang terkena kenaikan harga tarif elektrik itu hanya dinikmati oleh golongan 25% atau kepada semua golongan 100% seluruh negara? Adakah kenaikan tarif elektrik ini adil untuk rakyat? Adakah juga golongan 25% ini bukan manusia seperti golongan 75%? Adakah rakyat marhaen seperti kita akan hidup dengan lebih selesa dengan kenikmatan kenaikan tarif elektrik ini?

Jawapannya, padan muka  Melayu kerana masih taksub dengan umno yang penuh dengan penipuan dan maksiat. Undilah lagi parti tali barut British itu, semoga umat Melayu akan terus jadi kurang akal dan hidup miskin dan jahil tentang Islam. Padan muka Melayu.