Pages

Monday, 3 October 2011

Pelaburan Tertinggi, ‘Selangorku’ Bukan Slogan Kosong


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membentangkan data ringkas jumlah pelaburan di Selangor sehingga Jun 2011 yang mencecah RM5.2 bilion yang terdiri dari 135 projek. Selangor mencatat peningkatan ketara dari segi bilangan projek berbanding negeri lain yang kebanyakannya kurang daripada 50 projek.
Ini sekaligus meletakkan Selangor di tempat teratas dari segi jumlah pelaburan di seluruh negara. Apa yang lebih utama ialah ini membuktikan slogan “Selangorku” yang kita laungkan dan kita nobatkan Julai lalu, bukan satu slogan kosong semata-mata tetapi telah kita terjemahkan dalam bentuk pembangunan di negeri Selangor.
Pelaburan yang diperolehi Selangor ini dicapai meskipun kita tidak mendapat sokongan kerajaan pusat dan tidak keterlaluan jika kita katakan, sebaliknya kita mendapat publisiti negatif yang melampau. Sejak Mac 2008, semangat federalisme seolah-olah terkubur di Selangor, meskipun negeri itu adalah penyumbang terbesar pembayaran cukai dalam negara.
Kita bersyukur kerana pelabur kini bijak menilai dan memilih prasarana terbaik untuk meletakkan pelaburan mereka di samping semangat’ menang-menang’ yang diambil kerajaan negeri. Amalan kerajaan negeri yang telah menamatkan sama sekali sistem lobi dan keuntungan broker di negeri ini, menjadikan pelabur merasakan pelaburan mereka benar-benar atas ‘value for money’.
Amalan komisen oleh orang tengah, terutama ahli politik yang menjadi kebiasaan suatu ketika dahulu, kini langsung tidak mendapat tempat di Selangor kerana pelaburan adalah berdasarkan merit dan kemampuan sesuatu organisasi.
Amalan telus serta amanah inilah yang menjadi faktor utama Selangor menjadi pilihan pelabur. Manakala bagi rakyat di Selangor pula amat memahami meskipun bantuan daripada kerajaan pusat hampir tiada, namun kerajaan negeri hari ini masih mampu memberi pembangunan dan kebajikan kepada rakyat.
Sejak mengambil tampuk pemerintahan Selangor dan setakat Jun 2011, sejumlah hampir RM500 juta telah disalur terus kepada pembangunan rakyat – antaranya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan mencecah RM1.8 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti RM19 juta, Skim Usia Emas dan OKU mencecah RM49 juta dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
Rakyat Selangor juga menikmati hasil daripada pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun oleh kerajaan negeri. Peningkatan hasil pasir amat ketara sekali. Pada tahun 2007 kutipan hasil pasir hanya RM4 juta manakala pada tahun ini – setakat bulan April – telah mencapai RM35 juta dalam bentuk royalti. Ini belum termasuk keuntungan yang dikutip Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milikan penuh kerajaan.
Kerajaan negeri telah memanfaatkan hasil pasir ini terus untuk rakyat dengan memperuntukkan sejumlah RM10 juta untuk program “Jom Shopping” kepada golongan usia emas sebagai usaha membantu golongan ini menampung kos sara hidup yang sangat menekan.
Kerajaan negeri memahami bahawa hasil pasir ini meningkat naik adalah hasil kerja keras pegawai kerajaan terutama di Pejabat Daerah dan Tanah, khusus di Jabatan Penguatkuasaan. Justeru baru-baru ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM5 juta hasil pasir untuk memberi bantuan biasiswa dan pinjaman siswa kepada pegawai kerajaan yang mahu meningkatkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kerajaan negeri hari ini dipilih oleh rakyat Selangor yang berani mahukan perubahan. Keberanian rakyat menjadi kekuatan pemimpin Pakatan Rakyat dalam melakar sejarah di negeri bertuah ini. Setelah semua polisi digubal ke arah merakyatkan ekonomi negeri dan pelan tindakan dilaksanakan dan diterjemahkan dengan baik dengan memulangkan hasil negeri kepada rakyat maka baharulah kerajaan negeri mencipta Slogan Selangorku, Idamanku; indah disebut mantap pula pengisiannya.
Nota: Faekah Husin adalah setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.

Kerajaan Pulau Pinang buktikan 'Good Governance' Pakatan Rakyat

Fakta | Rekod FDI tertinggi berbanding negeri-negeri lain pada 2010 sekaligus meletakkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang menyumbang 36 peratus dalam FDI negara walaupun populasi rakyat Pulau Pinang hanya terdiri daripada 6 peratus daripada populasi rakyat Malaysia

Fakta | Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPSP) rugi RM230 juta bertrut-turut selama 8 tahun BN memerintah P.Pinang. Kerajaan Pakatan bukan sahaja berjaya menebus kerugian RM230 juta sejak Mac 2008 lalu, bahkan mula mencatatkan RM23 juta untung bermula pada tahun 2010

Fakta | LAPORAN AUDIT NEGARA mengakui bahawa kerajaan Pakatan Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan yang paling transperansi dan berjimat cermat hatta berjaya memulangkan kembali peruntukan lebihan terbanyak pada perbendaharaan negara, iaitu RM88 juta (bagi tahun 2009) dan RM77 juta (bagi tahun 2010)

Fakta | Sejak 1996, kerajaan BN P.Pinang tidak pernah beri peruntukan khusus untuk Guru Kelas Agama & Fardhu Ain (KAFA). Sejak Pakatan memerintah P.Pinang, RM100 ribu peruntukan khusus diberikan kepada Guru Kafa setiap tahun

Fakta | Waktu BN perintah P.Pinang, elaun bulanan bilal & siak masing-masing menerima RM180 & RM200. Waktu Pakatan perintah P.Pinang, elain bulanan bilal dan siak masing-masing naik ke RM324 & RM360. Pakatan d Penang dituduh anti Melayu Islam walaupun 80 peratus kenaikan elaun ini melibatkan 'orang masjid'

Fakta | Dr Mahathir semasa jadi perdana menteri, HARAMKAN peruntukan ke Sekolah Agama Rakyat (SAR). Pulau Pinang waktu diperintah oleh Pakatan menyalurkan peruntukan khas membela SAR, iaitu RM1.5 juta (2009), 1.75 juta (2010) & RM1.75 juta (2011)

Fakta | Umno beri RM12.5 juta peruntukan agama Islam di P.Pinang pada 2008. Kerajaan Pakatan beri peruntukan yang lebih untuk Islam, iaitu RM20.50 juta (2009), RM24.30 juta (2010) & RM33.33 juta (2011)

And yet, macam-macam d tohmah Kerajaan Pakatan d Penang!

Bajet 2012 atau Bajet PRU 13??





PAS menasihatkan rakyat berhati-hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus. 

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat patut membandingkan antara bajet alternatif Pakatan Rakyat dan bajet kerajaan BN yang "sekadar menyuntik morfin".

NONE"Selepas kesan morfin hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi," katanya.

Tuan Ibrahim (kanan) berkata, jalan keluar hanya dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengaitkan bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun,” sindirnya.

azlanKatanya, sejak pilihan raya umum lalu, melalui banyak pilihan raya kecil, rakyat ditabur dengan pelbagai janji yangsebahagian besarnya didakwa masih belum ditunai.

Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, di sebalik khusyuk dengan angka berbillion ringgit yang diumumkan, keadaan sebenar menunjukkan keperluan asas rakyat yang daif dan bebanan hidup yang semakin berat.
“Diharap rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle (lingkaran) yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihan raya bertambah dekat,” katanya lagi.